Saturday, January 31, 2009

mengapa kau selalu datang menggangu....

kehadiranmu
sering merisauka ku
menguasai seluruh urat sarafku
kedatanganmu
bersama mentari pagi dinihari...

kehadiranmu
sering membuat gundahku terusik
menyapa tatkala mentari melabuh sepi
tanpa ada belas simpati

kehadiranmu
apakah mampu ketangkisi
laungan hati menggesa jasadku
mengusirmu
secara diam secara terang


namun aku biarkan
kehadiranmu itu

kerana pasti sinar itu akan muncul
walaupun kau terus hadir
walaupun aku sering bertanya
mengapa kau selalu datang menggangu....


chewah!! berpuisi la konon..
hehhe...dah lama tak luangkan masa mengupdate rumah ini..dah kadang2 singgah untuk tgk update kawan-kawan , pergi rumah orang, baca tapi tak sempat nak komen (sbb do pikir nak enter password n reenter nombor n pkataan yg dia bg..huhu)saya jadi malas seketika... dahle keja macam belambak-lambak (mcm dia sorang je sibuk),dgn tenaga yang saya ada sekarang ni mmglah tak memadai... nanti bila saya dah regenerate apa yang patut saya buat la tag kawan2 yg dah panjang listnya... dan sambung cerita kat rumah ni...ada la tu..sat-sat lagi...

1 comment:

Sally said...

Lama betul Pn. Iza tak update ya..update la selalu..